Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 14 Ogos 2015 (Jumaat) bersamaan 29 Syawal 1430H. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah dan warga kerja PPA, pesara serta keluarga. Antara pengisian program ialah persembahan pentas oleh anak-anak kakitangan, penyampaian cenderahati kepada warga kerja yang bertukar dan telah bersara, nyanyian karaoke, serta cabutan bertuah. Majlis yang diadakan ini secara tidak langsung telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan dan keluarga.
""